Syair Baginda

Syair Baginda ialah syair Brunei abad ke-19 yang tidak berjudul dan ditulis oleh pengarang yang tidak diketahui. Syair ini dinamakan sempena watak utama dalam syair ini yang dirujuk sebagai (Jawi: بݢند) "Baginda" iaitu Sultan Brunei, Sultan Abdul Momin. Syair ini mengisahkan pelayaran baginda ke Labuan, dengan penekanan terhadap persiapan adat sebelum berlayar iaitu chiri yang masih digunakan kini dalam istiadat menyampiri Manteri Brunei.[1]